Mereka yang baru bermula dalam pembangunan aplikasi web kerap kali keliru akan
konsep dalam aplikasi web dan menganggap ianya sama dengan aplikasi desktop. Ini menyebabkan mereka mengharapkan dapat melakukan perkara yang sama seperti
mana dalam aplikasi desktop. Antara contoh soalan popular yang seringkali
ditanya adalah bagaimana untuk mencetak daripada aplikasi web mereka.
Pertama sekali mari kita lihat diagram ringkas susun atur sebuah aplikasi
desktop:-
Dalam rajah di atas, kita dapat lihat bagaimana aplikasi yang kita bangunkan
dapat berhubung terus dengan _hardware_ melalui OS (_Operating System_). Ini
membolehkan aplikasi tersebut untuk mencapai dan menggunakan peranti-peranti
lain seperti _printer_ dan _webcam_ yang bersambung dengan komputer tersebut. Seterusnya, kita lihat pula rajah susunan sebuah aplikasi web:-
Di atas dapat diperhatikan bagaimana aplikasi tidak lagi dijalankan secara
terus pada _computer_ sebagaimana dalam aplikasi desktop. Sebaliknya ia hanya
dicapai melalui perantaraan _browser_. Ini menyebabkan capaian aplikasi web
kepada fungsi-fungsi komputer hanya terhad kepada apa yang _browser_ benarkan. Dan sememangya atas tujuan keselamatan, _browser_ akan menghadkan capaian
aplikasi kepada _hardware_ seperti _printer_ dan _webcam_. Ini antara perbezaan penting yang harus difahami apabila membangunkan sebuah aplikasi web.
__Perhatian__: Rajah di atas menunjukkan susunan LOGIKAL manakala secara FIZIKAL boleh sahaja sebuah aplikasi web itu dijalankan dalam komputer yang sama. Walaubagaimana pun kekangan asal sebuah aplikasi web tetap sama.