Aplikasi Web vs Aplikasi Desktop
Posted: | Read in English | More posts about web desktop
Mereka yang baru bermula dalam pembangunan aplikasi web kerap kali keliru akan konsep dalam aplikasi web dan menganggap ianya sama dengan aplikasi desktop. Ini menyebabkan mereka mengharapkan dapat melakukan perkara yang sama seperti mana dalam aplikasi desktop. Antara contoh soalan popular yang seringkali ditanya adalah bagaimana untuk mencetak daripada aplikasi web mereka.
Pertama sekali mari kita lihat diagram ringkas susun atur sebuah aplikasi desktop:-
Dalam rajah di atas, kita dapat lihat bagaimana aplikasi yang kita bangunkan dapat berhubung terus dengan hardware melalui OS (Operating System). Ini membolehkan aplikasi tersebut untuk mencapai dan menggunakan peranti-peranti lain seperti printer dan webcam yang bersambung dengan komputer tersebut. Seterusnya, kita lihat pula rajah susunan sebuah aplikasi web:-
Di atas dapat diperhatikan bagaimana aplikasi tidak lagi dijalankan secara terus pada computer sebagaimana dalam aplikasi desktop. Sebaliknya ia hanya dicapai melalui perantaraan browser. Ini menyebabkan capaian aplikasi web kepada fungsi-fungsi komputer hanya terhad kepada apa yang browser benarkan. Dan sememangya atas tujuan keselamatan, browser akan menghadkan capaian aplikasi kepada hardware seperti printer dan webcam. Ini antara perbezaan penting yang harus difahami apabila membangunkan sebuah aplikasi web.
Perhatian: Rajah di atas menunjukkan susunan LOGIKAL manakala secara FIZIKAL boleh sahaja sebuah aplikasi web itu dijalankan dalam komputer yang sama. Walaubagaimana pun kekangan asal sebuah aplikasi web tetap sama.